animasi bergerak gif
My Widget
KERUNTUHAN AKHLAK DAN MORAL: November 2012

Rabu, 28 November 2012

UNIC Special Edition

UNIC Special Edition
PENGENALAN

Malaysia adalah sebuah negara yang membangun, perubahan-perubahan yang besar telah memberi banyak impak positif dari segi ekonomi, pembangunan, perindustrian, dan sebagainya. Walaupun negara kita telah banyak mencapai kejayaan yang membanggakan tetapi negara kita masih lemah dalam menangani masalah keruntuhan akhlak di kalangan kanak-kanak atau remaja. Kebelakangan ini terlalu banyak masalah yang melanda negara kita terutamanya berkaitan dengan masalah gejala sosial yang melibatkan keruntuhan akhlak kanak-kanak atau remaja.Keruntuhan akhlak ini termasuklah seperti isu buli, pembuangan bayi, seks bebas, sumbang mahram, penyalahgunaan dadah, vandalisme dan sebagainya.

* KEGIATAN VANDALISME
-Keruntuhan akhlak termasuklah remaja yang melakukan vandalisme.Vandalisme bermaksud 
 merosakkan kemudahan awam.Remaja yang melakukan vandalisme ini hanya ingin meluahkan 
 rasa  bosan mereka sahaja. Antara sebab-sebab vandalisme adalah daripada faktor rakan sebaya, 
 moral yang kurang baik, cara remaja untuk meluahkan rasa ketidakpuasan dan sebagainya.


*PENYALAHGUNAAN DADAH
Dewasa ini masalah penyalahgunaan dadah dikalangan remaja amat membimbangkan khususnya umat islam. Perkara ini menjadi masalah besar kepada negara. Setiap tahun bilangan penagih kian bertambah sedangkan yang masih menagih tidak pula berkurangan atau sembuh. Pihak kerajaan juga telah berusaha keras untuk menangai masalah ini. Berhubungan dengan itu kita juga telah dikejutkan dengan kesan buruk akibat pengambilan dadah iaitu HIV. Seperti yang kita tahu musuh-musuh islam tidak suka melihat perkembangan islam yang telah maju kehadapan. Mereka sentiasa mencari pelbagai cara untuk menjatuhkan islam dan cara yang berkesan ialah melemahkan kekuatan umat islam. Kadangkala kita terlupa jerat yang  menanti kita supaya hanyut dalam kehidupan yang penuh dengan pancaroba. 

 *SEKS BEBAS
-Seks bebas merupakan satu perbuatan yang terkutuk dan paling dibenci dan dimurkai oleh Allah. Tetapi remaja pada masa ini tidak takut soal dosa dan pahala, halal dan haram, betul atau salah apa yang telah mereka lakukan. Gejala yang tidak bermoral ini berlaku disebabkan terlalu bebas dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan.Sedangkan zina ini amatlah dilarang dalam islam,"sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji"dan satu jalan yang buruk"(Al-israk : 32). Rakan sebaya merupakan pengaruh yang paling kuat dan boleh merubah corak kehidupan seseorang kanak-kanak atau remaja yang boleh mengatasi pengaruh dan kuasa ibu bapa. Gejala keruntuhan moral yang muncul hari ini boleh membawa kepada pelbagai implikasi akhlak dan masalah lain. Sebagai contohnya, penawar bagi penyakit AIDS masih belum ditemui.

CARA MENGATASI
1) peranan ibu bapa adalah memberikan perhatian terhadap anak- anak mereka. ibu bapa merupakan orang yang membesarkan mereka dan paling mengerti dengan perangai dan hati budi mereka. oleh, ibu bapa semestinya dapat menasihati mereka dan menarik mereka ke pangkal jalan. Selain itu, ibu bapa haruslah mendidik anak merekadari awal.
2) Kementerian Penerangan hendaklah memainkan peranan dengan memastikan setiap rancangan yang disiarkan sesuai untuk tontonan umum dan tiada unsur-unsur keganasan atau seks.Selain itu, rancangan-rancangan yang dapat membentuk jati diri dan kerohanian juga hendaklah diperbanyak untuk membentuk jadi diri dan membaiki akhlak remaja.
3) mengadakan aktiviti yang dapat membentuk akhlak remaja seperti aktiviti kemasyarakatan dan sebagainya.

Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja pada hari ini akan memberikan kesan dan impak yang begitu besar dalam masyarakat.Remaja merupakan aset utama negara pada masa akan datang,Memainkan  peranan yang sangat dalam pembangunan negara. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku seandainya remaja pada hari ini tidak tahu bagaimana untuk membentuk dan memuliakan akhlak mereka. Akhlak merupakan peribadi dan cermin diri bagi seseorang individu.Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting, ibu bapa mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi masalah keruntuhan akhlak dikalangan remaja.